Ahad, 1 November 2009

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??


Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....


Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.


Kirim balik jika awak anggap saya teman awak selamanya.

Kirim ke semua teman awak......dan lihat berapa banyak teman yang sayang awak!!!!!!!! !!!!!
frenz never break....... .....

Isnin, 26 Oktober 2009

Anak Derhaka kerana Isteri tercinta...
Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh
Utas Travel and Tours Sdn.Bhd.

Beberapa
hari selepas kami berada di Mekah, saya mula terdengar cerita-cerita
daripada jemaah yang saya bawa tentang hubungan dingin antara seorang
ibu dengan anak lelaki dan menantunya. Si ibu berusia 60-an sementara
anak dan menantunya akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara beberapa
ratus jemaah yang saya bawa untuk mengerjakan haji beberapa tahun lalu.

Saya
diberitahu, hubungan dingin itu sebenarnya bermula sejak di Malaysia
lagi kerana wanita berkenaan kurang senang dengan perangai menantunya
yang sombong dan mengongkong suami. Kerana hidup dalam kemewahan,
menantunya itu tidak menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai
mentua, apatah lagi seperti ibunya sendiri.

Seperkara lain yang
wanita itu benar-benar kecewa ialah biarpun anaknya itu ahli perniagaan
berjaya, tetapi apabila berhadapan dengan isteri, dia jarang membantah,
apa lagi mengangkat suara. Apa sahaja kehendak isteri diturutkan
walaupun kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya.

Walaupun
telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, wanita tersebut kesal
kerana anak dan menantunya itu amat jarang balik ke kampung. Apatah
lagi hendak tidur disana. Kalau singgah pun menantunya tidak mahu
berada lama di rumahnya. Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat
berangkat pulang.

Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya
menegur sikap buruk isterinya itu, tetapi ia seperti tidak dilayan.
Menantunya terus bongkak dan sombong. Si ibu juga mengingatkan anaknya
jangan terlalu menurut kehendak isteri, namun dari sehari ker sehari,
anaknya itu tetap mengikut telunjuk isterinya.

Saya dimaklumkan
juga, wanita tersebut berkecil hati kerana menantunya tidak senang
dengan kehadirannya di Mekah. Kalau boleh dia mahu pergi ke tanah suci
bersama suaminya sahaja tetapi kerana lelaki berkenaan berkeras juga
hendak membawa ibunya sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir
yang memuncung panjang dan kata-kata sinis serta sindiran tajam. Kerana
itulah sejak sampai ke Madinah dan Mekah hubungan dingin itu menjadi
semakin parah.

Oleh
kerana mereka tinggal sebilik, si anak dapat melihat sendiri di depan
matanya hubungan buruk antara ibu dengan isterinya. Pada mulanya dia
tidak mengendahkan sangat kerana kedua-duanya orang yang dia sayang.
Tambahan pula dialah yang membayar semua perbelanjaan mereka bertiga
untuk ke Mekah.

Tetapi semakin hari perselisihan faham itu
bertambah parah. Hubungan ibu lelaki tadi dengan isterinya semakin
buruk. Bukan sekali mereka bertegang leher. Si ibu yang telah agak
lanjut usianya, pastilah hendak supaya sentiasa dilayan hati dan
perasaannya. Tetapi menantunya pula sombong dan panas baran. Dia tidak
suka melayan kehendak mentuanya itu yang baginya cerewet.

Akibat
perselisihan faham, mereka tidak menegur sapa dan si ibu pula enggan
memakan makanan yang dimasak oleh menantunya itu. Ini menyebabkan si
anak tadi terpaksa membeli makanan diluar untuk ibunya.

"Macam
mana isteri kau nih Man. Emak pun tak dihormatnya. Emak minta tolong si
kit dia membebel. Emak nak itu dia tak layan, nak ini, dia tak peduli,
"rungut si ibu kepada anaknya.

"Abang tengok-tengoklah si kit
emak abang tu. Cerewet, nak itulah, nak inilah, macam-macam. Saya dah
cakap jangan bawa abang nak bawa juga. Hah...sekarang macam mana?" kata
si menantu pula dengan suara yang kasar.

Kedua-duanya
memberikan alasan masing-masing hingga si anak berasa amat tertekan.
Hendak dimenangkan ibunya, khuatir isteri bermasam muka. Hendak
dimenangkan isteri, khuatir ibunya pula terasa hati. Jadi sedaya yang
boleh dia cuba memekakkan telinga dan membutakan mata daripada
pertelingkahan itu.

Perbalahan
mereka tiga beranak terbawa-bawa keluar. Apabila berjalan, duduk di
meja makan atau bersiar-siar, masing-masing membawa arah sendiri.
Akhirnya masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah lain. Mereka mula
menjadi perhatian. Begitu juga saya. Pelbagai cerita yang saya dengar
tentang mereka.

Selepas lama berselisih faham, si anak sedi kit
demi sedi kit menyebelahi isterinya. Bagi lelaki itu, ibunya yang
bersalah kerana terlalu banyak meminta, cerewet dan terlalu ambil hati.

"Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu memujuk isterinya.

Suatu
hari, si ibu memanggil anaknya. "Man, boleh tak kau belikan sejadah
untuk emak? Di kedai bawah tu aja, "katanya. "Emak nak berapa?" soal
anaknya. "Dalam 10 helai." "Eh, nak buat apa banyak-banyak? " soal si
anak lagi.. "Alaaah....nak buat kenangan, lebih tuh nak kasi pada
kawan-kawan dan orang kampung. Dapat juga pahala, kau pun dapat pahala
sama," kata si ibu dengan tersenyum.

Mendengar
permintaan mentuanya itu, isteri si anak menarik muka masam. Matanya
merenung tajam wajah suaminya sebagai isyarat "jangan layan!" Kemudian
mukanya ditoleh ke arah lain. Ekoran itu, si anak yang pada mulanya
mahu menuruti permintaan ibunya, kembali ke tempat duduk.

"Tak bolehlah mak. Saya penatlah. Nantilah bila nak balik nanti saya belikan," jawab si anak.

Tetapi
kata-kata itu menyebabkan ibunya berkecil hati. Dia kecewa anak
kesayangannya itu sanggup mengetepikan permintaannya, sebaliknya
menurut saja apa kata isteri.Lantas dia berkata,"Kau nih Man,emak nak
benda tu pun tak boleh beri. Tapi kalau orang rumah kau, dah sampai
penuh begnya pun kau nak belikan barang lagi. Emak ni kau belikan sedi
kit aja. Sampai hati kau Man."

Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan keinsafan tetapi tanpa disangka anaknya naik berang.Dengan meninggikan suara, dia memarahi ibunya..

"Emak
ni! Apa mak nak buat dengan barang-barang tu? Mak kan dah tua, buat apa
nak beli itu beli ni. Isteri saya adalah sebab saya beri macam-macam,
sampai penuh beg. Saya ada anak. Saya nak belikan barang-barang untuk
anak kami juga!" katanya dengan muka masam mencuka. Dadanya turun naik
menahan marah. Isterinya pula tersenyum puas.

Si ibu terkejut,
lantas berkata, "Sampai hati kau cakap macam tu dengan emak. Aku ni
emak kau, tak boleh kau tengking herdik. Kalau sayang bini pun
janganlah sampai emak sendiri engkau ketepikan, engkau marah-marah,
"katanya dengan kecewa.

Si anak bertambah berang. "Emak tu dah tua,buatlah cara tua! Jangan nak minta itu minta ini!"

Ibunya
makin terkilan.Hatinya begitu hancur apabila anak yang dipeliharanya
sejak kecil dengan penuh kasih sayang sanggup mengherdiknya sebegitu
rupa. Tindakan anaknya yang sudah melampau itu menyebabkan si ibu
marah.

Sambil
merenung tajam wajah anaknya, si ibu berkata, "Man, Aku ni emak kau
tau. Aku yang lahirkan engkau. Bila masa isteri engkau beranakkan kau?
Bila masa dia besarkan kau?

"Ingat Man, emaklah yang susah
payah jaga kau, cari duit nak besarkan kau, hantar ke sekolah sampai
kau berjaya sekarang. Tapi bila dah berjaya kau buat emak macam ni.
Isteri kau lebihkan daripada emak kau sendiri. Dengan isteri kau cakap
dengan baik tapi emak kau sendiri kau tengking-tengkingka n."

Dan
dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, "Kalau beginilah sikap
engkau Man, mulai hari ini emak haramkan susu emak yang dulunya kau
minum!"

Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu
tadi,anaknya terus jatuh terjelepok ke lantai. Bagai panahan petir,
kata-kata tersebut seolah-olah "membunuh" si anak tadi serta-merta.
Begitu cepat balasan Allah kepada hamba-Nya. Tan pa menoleh kepada
anaknya yang terbaring di lantai, si ibu tadi bergegas keluar dari
biliknya. Sambil berjalan dia mengesat air matanya yang menitis dengan
lengan bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Sementara itu si
anak pula terkulai dengan mata terkebil-kebil. Badannya longlai dan
lembik. Isterinya pula menangis tersedu-sedu.

Sejak
itu kesihatan si anak mula terganggu. Badannya seperti sedang sa kit ,
namun apabila diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya.
Bagaimanapun, bala yang menimpanya itu masih gagal menyedarkan si anak
tadi. Dia dan isterinya tetap enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa
yang telah menimpanya langsung tidak diambil iktibar. Bagi lelaki
berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan Allah dan tubuhnya tidak
sihat juga bukan satu petunjuk daripada Allah tentang kesilapannya. Ia
cuma kebetulan.

Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal
dan kecewa. Biarpun duduk sebilik dia diasingkan oleh anak dan
menantunya sendiri. Makanan dan minuman terpaksa dia pergi membelinya
di luar. Di bilik, dan apabila berada di luar dia lebih banyak
termenung dan menangis. Jika jemaah lain bertanya mengapa, atau di mana
anak dan menantunya, wanita tersebut tidak menjawab. Sebaliknya terus
menangis dan menangis.

Anak
yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah. Kesihatan si
anak tadi semakin buruk. Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak
terdaya untuk berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu terpaksa dipapah
dan diusung semasa wukuf, sai, melontar jamrah, tawaf dan sebagainya.
Badannya benar-benar lemah untuk melakukan i bad ah-i bad ah tersebut.

Sementara
itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung, si ibu tadi menunaikan
haji bersama-sama kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, bukan oleh
anak dan menantunya. Masing-masing menjauhkan diri dan tidak bertegur
sapa seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain. Suatu hari saya
menemui wanita tersebut.

"Mak aji...sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik tu. Yang lepas tu lepaslah, dia dah terima balasannya," kata saya.

Wanita
itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis dan mengesat air matanya yang
gugur. Saya terus juga menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu
langsung tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia sebaliknya cuma
menangis. Dari raut wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan
sikap anak dan menantunya hingga dia tidak sanggup lagi bercakap
tentang mereka.

Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki
berkenaan seolah-olah terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah
berlaku dan apa yang sepatutnya dibuat untuk menyelesaikan masalah
tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan bibir bila saya sebut nama
mentuanya.

Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji
dan seterusnya kembali ke tanah air. Sejak itu saya tidak menghubungi
mereka lagi. Khabar yang saya terima memang mengejutkan. Saya
diberitahu, sejak pulang ke tanah air si anak tadi sa kit
terus-menerus. Penya kit nya agak kronik dan gagal diubati doktor.

Namun
dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak berubah. Anak
yang telah mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan
kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan sikap anaknya, tetap
enggan memaafkannya. Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak
mengunjungi antara satu sama lain.

Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia selepas menderita sa kit selama 10 tahun.

"TUHANMU
TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI KEPADA-NYA
DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU
KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN BERADA DALAM PEMELIHARANMU, MAKA
JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN
KAMU BENTAK MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA KATA-KATA
MULIA. DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA
KASIH, DAN DOAKANLAH KEPADA TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU
SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU MASIH KECIL."

[Surah al-Israa ' 7:23-24.]

Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA."

ERTI KAWAN....

Bacalah....

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..

2) kawan tu bkn mcm main SKATE.
Mula-mula gosok...lepas tu pijak...

3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS..
dah pakai, buang..

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) kawan tu bkn mcm PELANGI.. Hari cerah
takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bkn mcm KERETA.
Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde..

9) kawan tu bkn mcm BANK.
Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik..

10)lagi.....kawan tu mcm ape ye????
Haa...kawan tu mcm AWAK LA. .
bila saya hantar msg,
awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..
bagi saya, kawan tu penting.

Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih, berduka dan sebagai nya.

Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

MUAH....MUAH!!!!!

Jumaat, 7 Ogos 2009

Jgn terlalu susah dgn urusan dunia. (renungkan lah..)

JANGAN JANGAN & JANGAN...

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.





Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).




Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.





Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.





Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.




Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.




Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.




Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.




Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.




Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.




Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.



Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.




Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.





Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.





Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.




ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.




Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam




'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)